MS Project 2007 (siri 2)

Dalam pengurusan projek atau pengurusan sesuatu tugasan. Kaedah 4W digunakan iaitu What, Who, When dan Where.

  1. What – apa tugasan yang perlu dilakukan atau dimulakan. Berapa kosnya.
  2. Who- siapa yang bertanggungjawab ke atas tugasan tersebut atau siapa yang lakukan tugas tersebut.
  3. When – bila tugasan itu patut dimulakan. Adakah ianya berkaitan dengan tugasan lain.
  4. Where- dimana tugasan itu dilakukan.

Antara perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan perisian MS Project :

  1. Predecessor dan Successor

    Tugasan yang pertama disebut “predecessor” manakala tugasan yang dilakukan selepas tugasan pertama disebut sebagai “successor”.

Kaitan diatara tugasan-tugasan (dependency) bolehlah ditakrifkan seperti berikut:

  1. FS (Finish to Start) – sesuatu tugasan perlu disiapkan sebelum tugasan berikutnya boleh dijalankan. Contoh: bumbung rumah tidak boleh dibuat melainkan asas tapak rumah disiapkan terlebih dahulu.
  2. SS (Start to Start) – sesuatu tugasan dimulakan serentak dengan tugasan seterusnya.
  3. FF (Finish to Finish) – sesuatu tugasan perlu disiapkan serentak dengan tugasan berikutnya.
  4. SF (Start to Finish) – Sesuatu tugasan dimulakan selepas siapnya sesuatu tugasan. Jarang digunakan sebab ianya kontra dengan FS. Anda cuma tukar kedudukan tugasan sahaja mengikut priority.

Ini antara perkara paling asas yang patut kita tahu. Selepas ini kita boleh mulakan perisian ms project untuk tindakan seterusnya

Kita sambung ke siri berikutnya.

Pengenalan Microsoft Project 2007

Microsoft Project merupakan satu perisiaan yang amat berguna kepada pengurus projek. Sebenarnya bukan hanya kepada pengurus projek tetapi kepada sesiapa sahaja yang ingin menguruskan sesuatu projek. Perisian ini boleh digunakan untuk melihat status perjalanan projek, kawalan kos dan budget, kepada siapa tugasan diberikan dan paling menarik bagi saya adalah analisis yang boleh digunakan untuk menentukan berapa pantas masa yang boleh disingkatkan dalam menyiapkan sesuatu tugasan (PERT Analysis).

msproject20071Juga yang menariknya kita boleh mencetak berbagai jenis laporan mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Sekiranya ada kelapangan saya akan menceritaka serba sedikit cara menggunakan perisian ini. jumpa lagi.

SUPERNATURAL

Mistik merujuk kepada suatu untuk keadaan dan pengalaman di luar kemampuan pancaindera manusia.. Alam mistik merupakan pengalaman di luar kejadian nyata. Makhluk-makhluk halus yang menhuni alam mistik merupakan makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh pancaindera hidup di alamnya atau alam ghaib yang tersendiri.

Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa mahu menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, iblis enggan menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam

(al-A’raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir.Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allahs.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A’raaf ayat 16 dan 17:

(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benarakan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akandatangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.Strategi Jin dan Syaitan Menyesatkan Manusia:

Surah al-A’raaf ayat 17:Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan keranasesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnyasyaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakanterhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.Syaitan dan jin dikatakan makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan berbagai helah dan taktikal yang boleh dikatakan hebat.

Ramai manusia yang kecundang disebabkan rancangan dan strategi yang begitu teliti oleh mereka. Sejarah menjadikan askar syaitan dan jin begitu matang dan bijak dalam mengatur langkah serta modes operandi menangani kerenah dan menjahanamkan iman para manusia.Minda (Kekurangan dan Kelebihan)Kalau diperhati sejarah terdahulu, strategi syaitan dan jin menarik manusia ke lembah kehancuran adalah secara terang-terangan.

Walaubagaimanapun disebabkan manusia dikurniakan minda yang begitu canggih oleh Tuhan maka mereka telah dapat mencium jejek syaitan yang jahat. Disebabkan kemajuan sains dan teknologi maka perancang strategi syaitan dan jin menukar taktikal mereka dengan mempengaruhi minda manusia dengan rancangan yang berlainan yang kebiasaannya sukar sama sekali dikesan oleh manusia.Minda manusia yang diibaratkan sebagai pusat pemprosesan maklumat memang dijadikan Allah tidak sempurna. Sama seperti penciptaan komputer, Microsoft memang menjadikan sebuah komputer itu memang ada kelemahan yang tersendiri. Ini adalah kerana ada alasan-alasan kukuh disebaliknya.

Sama seperti kejadian manusia terdapat kelemahan pada manusia. Ini kerana Tuhan menjanjikan hidup yang penuh risiko demi mengukur kekebalan dan ketahanan iman manusia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan di samping dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar di akhirnya. Kelemahan minda manusia ini dimanfaatkan syaitan dan jin sebaik mungkin untuk meneruskan agenda jahat mereka.

Kekurangan ini yang disertai dengan sikap manusia sendiri yang menyebabkan banyak strategi dan perancangan syaitan dan jin ini berjaya. Mereka boleh berpesta dan meraikan kejayaan mereka menyesatkan manusia secara tanpa disedari.

Evolusi Minda Dan Ilmu.Perubahan minda disamping ilmu pengetahuan yang berfaedah merupakan senjata dan perisai utama dalam menangkis serangan dan melumpuhkan perancangan para syaitan dan jin yang maha hebat. Ilmu tanpa amal juga adalah sia-sia. Oleh yang demikian tulisan ini mengupas secara mudah apakah kaitan alam mistik, serta kesannya kepada minda manusia serta ilmu dan kepentingan yang boleh diperolehi daripadanya.

Dunia Yang Semakin Berserabut

Salam Semua,

Ntah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni pun aku tak tahu. sana perang sini perang mana-mana perang…..(kata Lim Tat). Kat Malaysia pun sama. Aku kadang-kadang rasa menyampah nak baca paper mahupun tengok berita. Tak de cerita lain, asyik cerita tu je…(sendiri mau ingat la). Apapun sebagai Muslim yang mengaku dan berpegang terhadap pengucapan dua kalimah shahadah kena kembali kepada yang Maha Agung, pencipta nan Satu….Insya’Allah anda akan selamat dunia dan akhirat..aminnnn….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.